Tuesday, January 12, 2010

Misi Blog

Sebagaimana setiap perkara yang kita lakukan, kita perlu ada tujuan ataupun misi. Maka dengan itu saya bentangkan misi blog ini ditubuhkan.

"Sebagai portal utama Bandar Baru Bangi di mata dunia."

Ya, mungkin ia kedengaran seperti poyo ataupun tidak realistik, namun peduli apa. Yang penting, tanpa tujuan, kita tidak akan ke mana2 bukan. Oleh itu, buat masa ini, kita akan kekal dengan misi yang ini.

Persoalan seterusnya. Bagaimana untuk kita mencapai misi ini? Seperti yang telah digembar gemburkan oleh kerajaan Malaysia, kita perlu setkan KPI (sila google benda ini kalau tak faham) untuk kita capai. Maka di sini saya menetapkan KPI blog ini seperti di bawah.


Ya, KPI yang perlu kita capai ialah listing no 1 di dalam enjin carian Google. Anda boleh ketawa sekarang namun penduduk Bandar Baru Bangi akan mendapat ketawa yang terakhir apabila kami mencapai KPI yang kami letakkan ini.

Bolehkah kita mencapainya? Bila kita hendak mencapainya? Soalan-soalan ini mungkin akan dikupas lebih lanjut atau pun tidak di sepanjang perjalanan blog ini. Sekian buat kali ini. Jumpa lagi sedikit masa nanti.

1 comment: